Monday, July 30, 2012

METABOLISME & PENURUNAN BERAT BADAN 


Assalamualaikum..

Metabolisme :-

  Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. 

-  Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. 

-  Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

Dalam Proses nak turunkan berat badan terutamanya, kita perlu tingkatkan kadar metabolisme spy blh bantu capai tahap berat badan yang diinginkan :)

Berikut 10 cara untuk tingkatkan kadar metabolisme :- -:

1) Minum air putih sekerap yang mungkin.. (saya plg krg 3 liter/1hr)

2) Suplemen Kalsium.. cth mknn yg ada kalsium:(keju,ikan salmon)

3) Makan!! Yang ni penting, jgn kurang mkn.. nnt xde tenaga utk buat kerja harian.. its ok, kalau makn banyak ketul ayam goreng atau ikan goreng.. 


4) Tidur yang cukup.. Paling kurang tidur 8-7 jam.. terlebih tidur juga tidak elok, jadi kekalkan masa tidur yang sama setiap hari supaya metabolisme kita tinggi.

5) Jangan Stress.. Cuba tenangkan diri dan positifkan diri.. tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan..cari bentuk2 ilmu atau hiburan yg blh beri keyakinan pada diri semula.. 

6) Sinar mentari.. Berehat sebentar antara jam 11 hingga 3 ptg untuk keluar berjalan-jalan bagi mendapatkan sdkt sinar matahari.. Selain tu, dapat naikkan kadar jantung bila kita hirup udara segar..

7) Senaman berat (weight training).. Tidak perlu beria-ia training spt atlet.. cukup sekadar angkat berat bebanan yang sedikit.. ikut kemampuan kita.

8) C utk cergas.. Suplemen vitamin C dapat membantu dalam penyerapan mineral..

9) Pedas.. Cili bantu untuk bakar kalori selama 30minit lps kte mkn..

10) Minum Teh Hijau, @ Teh Oolong.. Kedua-dua teh ini mengandungi polifenol yg dpt tigkatkan kadar metabolisme.. Gantikan minuman bergula kite dgn meminum teh hijau @ teh oolong..



Metabolisme dalam diri seseorg berbeza.. ia bergantung kpd komposisi setiap individu mengikut jumlah otot dan lemak dlm tubuh. Kadar metabolisme dalam badan seseorg blh berubah dgn meningkat kan metabolisme dlm diri masing2.. Jadi,ikuti 10 langkah diatas utk kekal cergas dan krgkan berat badan :) :)

sumber : kevinzahri.com







0 comments:

Post a Comment