Wednesday, September 29, 2010

Myvi Limited Edition (Red Dizzling)



Myvi Limited Edition (Red Dizzling) dilancarkan sekitar bulan 7. Direka khas untuk kaum wanita yang mahukan ciri-ciri feminin. Walaubagaimanapun, Myvi Limited Edition didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu.. putih, hitam dan red dizzling.

Antara ciri-ciri yang ada pada Myvi Limited Edition ni;

** Chrome inner handles **

** Lampu belakang yang menarik **

** New interior make over **


** Cushion Seats **


** USB Player **


Koktel Buah-buahan Sirap




Emmmm, yummi.. lps kte dh blj buat lauk, kte buat pencuci mulut.. mesti cuba ni k..

Bahan - bahan ;

1. Agar - agar sirap
2. 1 Tin buah-buahan campuran
3. 1 Tin susu cair
4. Kiub Ais

Cara ;

Sediakan agar-agar seperti biasa dan dipotong dadu. Masukkan buah-buahan campuran dan kiub ais. Campurkan agar-agar dengan buah-buahan tadi dan tuangkan susu mengikut citarasa anda.

Cadangan Hidangan ;

Sesuai untik majlis-majlis

Nasi Goreng Kampung


Disebabkan nasi semalam tak habis... balik kerja ni nak buat nasi goreng kampung la....
Jom kita tengok camne nak buat nasi goreng kampung ni..


Bahan-bahan ( 3org )

  • 3 cawan nasi putih
  • 20 biji cili padi hijau
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • ikan bilis goreng
  • 1 ikat kangkung
  • 3 sb minyak masak
  • garam
  • serbuk perasa

Cara-cara

  1. Dalam lesung batu, cili padi & bwg putih ditumbuk lumat, masuk bwg besar tumbuk kasar2.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk,tumis hingga bwg kekuningan. Masukkan nasi putih. Gaul rata. Masuk garam & serbuk perasa. Gaulkan biar sebati.
  3. Api biarkan perlahan.Masukkan ikan bilis goreng. Kacau biar sekata. Lepas nasi dah gebu lebih kurang 10minit masukkan kangkung.
  4. Kacau nasi dan rasa tawar atau masinnya. Adjust dah ok, siap :)
Selamat Mencuba dan Menikmatinya...

Telur Bungkus

Resipi seterusnya bagi penggemar telur. Boleh dipelbagaikan masakan dengan membuat telur bungkus..

Bahan-bahan ( 2 Orang )

Daging cincang - anggaran segenggam tgn dewasa
Mix veggie - ikut suka nak byk mana (ataupun dlm mly nye sayur campur)
1 biji bawang besar - dipotong dadu. guna 1/2 je pon bley sbb bawangnya besar
1 biji bawang putih - dicincang kasar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato - boleh krgkan sape yg tak suka masam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap - ayu guna kicap manis
2 biji telur - dipukul sedikit
Garam & gula - secukup rasa
Lada sulah - secukup rasa
Minyak utk menumis


Cara-cara

Perap daging cincang bersama-sama dgn garam,gula & lada sulah dlm 10-15minit.Kemudian goreng daging t'sebut.

Setelah air daging hampir2 kering,masukkan bawang besar & bawang putih.Kacau biar serata.

klu nak tumis ba
wang besar & bawang putih dulu seblm masukkan daging pun boleh gak.t'pulang pd masing2 la.

Bila bawang besar mulai layu,masukkan kesemua sos & kicap.Kacau sampai sebati.

masukkan dgn kacang panjang,lobak merah & tomato yg dipotong dadu.Kacau biar serata & agak2 sayurnya dah mula layu,boleh le padam apinya.

Dalam kuali lain,panaskan sedikit minyak & tuangkan telur yg dipukul.Seratakan telur ditepi kuali supaya boleh meliputi daging tadi.

Letak daging cincang yg tlh dimasak ditengah2 kuali.Lipat telur t'sebut & letak piring.T'langkupkan kuali & telur bungkus sedia dihidang.SIAP!!!

Selamat Mencuba.. n klu blh telur tu jgn terlalu garing
masa nak lipat.. br bez!!

Tuesday, September 28, 2010

Ayam Masak Merah


RESIPI KEDUA -- FAVOURITE ADIK SAYA, laju la dia makan kalau mak masakkan ayam masak merah.

***sesuai juga dimakan dengan nasi tomato***


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

Selamat Mencuba ....


Ayam Masak Kicap



Assalamualaikum..
Hari ni saya nak tunjuk resipi yang agak simple. tapi bukan saya yang masak la.. hehe..Saya suka masak, tapi belum tau cara yang betul. Kata orang tua, perempuan ni belajar tinggi mana pun kena ke dapur juga. Saya setuju dengan pendapat ni. Jadi saya ambik resipi dari blog orang lain agar kita boleh sama-sama share resipi. InsyaAllah..

Untuk permulaan yang senang dulu.
Ayam Masak Kicap....


Bahan bahan
4 ketul ayam - dikukus sebentar
1 biji kentang 0 dipotong baji dan digoreng
1 inci halia,
2 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
1 batang serai
1 bunga lawang
1 kulit kayu manis
1 biji cili merah - dipotong serong
1 biji cili hijau - dipotong serong
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tomato
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh tepung jagung
Garam dan perasa - jika perlu
Minyak dan sedikit air

Cara cara
1. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan kicap,sos tomato,serbuk lada hitam dan serai. Masukkan sedikit air.Biarkan ia mendidih.
3. Masukkan ayam yang telah dikukus, gaul rata dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika perlu.
4. Biarkan seketika, bancuh tepung jagung dengan sedikit air, masukkan ke dalam kuali. Gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan kentang yang telah digoreng, cili merah dan hijau yang telah dipotong serong. Kaup balik dan bolehlah diangkat.

Sekian dahulu, Selamat Mencuba...