Wednesday, April 25, 2012

:> :> I LOVE MY THREADMILL :< :<


Assalamualaikum CHINGGU !! Fuh... hari ni baru ada masa nak update pasal threadmill saya ni.. Firstly I would like to thanks my father MOHD NAZRI HAJI MOHD JAPAN :)) sbb pakai duit beliau dulu beli ni.. hehehe.. :P :P









Saya letak dalam bilik.. Kedudukan threadmill saya ni menghadap tingkap.. disebabkan bilik saya yang kecik, saya bagi muat jgk.. huhuhu :P :P 

Masa order ni seminggu sebelum.. elok2 je masa tu mak abah angah n aman datang.. so blh la tgk sekali.. Jadi order seminggu sebelum, dan dapat pun seminggu selepas order.. thanks too ann promoter yg memberikan penerangan ttg threadmill yg sgt bagus.. 

So ini cara threadmill ni membaca apabila kita bergerak kat atas die...
 Let me explain one by one.. 
*  yang paling hujung kat atas tu bacaan 46:27 adalah masa bergerak.. walaupun 46minit je, tapi memang berpeluh.. 

* yang kat bawah ada angka 6 tu adalah berapa track yang kita dah lalu.. nampak tak pusingan lampu yang kaler merah bentuk bulat tu.. dekat situ la track yang kita lalu...

* Yang kat atas belah kanan tu - yang tunjuk angka 314 tu pulak adalah kalori yang dibakar..

* Yang kat bawah die belah kanan tu pulak angka 77 tu adalah kadar denyutan jantung..

* Yang angka 0.8 tu pulak kelajuan kita atas track.. lagi banyak nombor lagi laju kita lari.. setakat ni yang saya terlarat buat pada kelajuan 8..iaitu berlari.. memang penat dan berpeluh satu badan... tapi bez.. :O

** Apa yang impress kan saya lagi adalah saya timbang dulu berat badan sebelum dan selepas naik threadmill ni.. memang ada perbezaan.. saya hilang 1 kilogram dari berat asal sebelum joging atas track.. :) :) :)

Nanti pada post yang akan datang saya tunjukkan pulak bukti berat saya naik sebelum dan selepas naik threadmill ni.. tapi disebabkan penimbang digital yang diorder di COSWAY  tak sampai lagi stok.. kita hold dulu post ni k.. but I promise to you alls.. sy akan update berat saya.. hehehe :P :P

 p/s: sy bkn duta produk OGAWA.. just want to share some benefit input knowledge about the things ya :)


 Sambil tengok cerita kat laptop tu boleh ler bersenam


:) :) :)

TODAY'S BREAKFAST


Assalamualaikum kwn2 :) :) Perkara yang paling gembira terjadi pada saya akhir-akhir ni adalah berat saya turun lagi 500gram.. saya perlu kerja lebih kuat utk turun lagi 1 kilo 500 gram untuk minggu ni bagi capai target.. InsyaAllah,mudah mudahan..

So,untuk pagi ni punya breakfast nk buat telur scramble sosej, tapi dah keras masa masak tu jadi telur dadar sosej je.. hehehe..  Air mcm bese la, air favourite lately.. my love Green Tea :)

Okeh,kawan2 doakan saya ye semoga dipermudahkan segala urusan untuk mencapai misi saya yang selalu tak jadi ni.. harap-harap kali ni menjadi.. Amin :D :D :D :D 

Monday, April 23, 2012

DUGAAN MASA DIET


Selalu kita bercakap dugaan tentang bercinta, dugaan dalam pelajaran, dugaan dalam pekerjaan dan macam2 lagi.. dugaan tu datang bila2 saja dan pada sape2 saja.. bukan utk menyusahkan tapi unutk mengajar diri supaya menjadi lebih matang.. Dugaan yang saya nak ceritakan kali ni dugaan dalam diet.. Favourite paling besar saya adalah chocolate.. tadi pulak ada Choco Fairs kat Uni ni.. saya memang dah telan air liur tadi.. sabar2.. tu semua dugaan.. saya tak boleh makan... itu pantang saya buat masa ni.. Nasib tak bawak duit.. tidak habis jugak saya telan tadi.. jadi pandang je la kawan2 makan.. diaorang bagi rasa sikit yang strawbery cicah coklat.. terpaksa la makan.. hehe.. perghh mmg sedap n fresh.. tapi 1 ketul tu je makan.. gula tinggi.. huhu..


Tu gambar2 yang diambil masa choco fair tadi..tergugat la jugak iman tadi.. tapi ok la, blh tahan lagi.. :))

BERSENAM
Assalamualaikum, so di ptg yg sgt hangat membara ni saya nak bercerita sedikit tentang senaman yang saya lakukan sepanjang minggu ni lepas balik dari kerja... memang malas nak buat kalau takde kesungguhan.. so hati kena kebal bagitau pada diri nak sihat dan nak ada badan yang langsing u perlu usaha..

Hari pertama (Isnin) :
Berjoging setempat dalam bilik.. disebabkan threadmill yang diorder dari Ogawa tak samapai lagi saya just jog dalam bilik selama 30 minit...

Hari Kedua (Selasa) :
Saya tukar bentuk senaman agar tak boring asyik benda yang sama je.. so hari kedua ni latihan naik turun tangga.. disebabkan rumah sewa saya 2 tingkat.. jadi tangga tu saya lakukan selama 20 minit secara perlahan dan laju..

Hari Ketiga (Rabu) :
Kali ni saya dapat CD aerobik dari Fitness Nestle.. saya lakukan selama 20minit ikut dalam video tu.. senang je nak ikut, x terlalu laju.. 20 minit pun dah cukup untuk berpeluh satu badan.. sape nak CD boleh pinjam dengan saya ;) 


Hari Keempat (Khamis) :
Untuk hari keempat ni saya gabungkan semua senaman sebab dah semakin seronok.. plus dengan saya baru beli tali skipping dari cosway yang boleh tengok brp kalori kita terbakar selama 15minit.. dalam 200lbih jugak kalori yang terbakar..


Hari Kelima (Ahad) :
Untuk hari Jumaat dan Sabtu saya tak workout sebab sibuk kemas rumah dan keluar berjalan.. hehehe.. Jadi untuk hari ahad ni saya dah dapat threadmill saya dan apa lagi memang bersungguh saya naik untuk perasmian hari ahad ni.. saya lakukan hampir sejam.. memang bez.. nnt saya akan pos gambar threadmill baru saya dari ogawa ni ok :)) Tunggu :O

Ni gambo dinasour naek threadmill.. die pun nak kurus.. kita apatah lagi.. Jadi pada semua yang sedang berperang dengan kegemukan mari kita bangkit melakukan sesuatu agar kita langsing bukan sahaja untuk cantik tapi untuk sihat dan mudah melakukan kerja harian dengan cepat :))



Seminggu Diet Atkins
Asslamualaikum, hari ni genap seminggu saya jalani diet atkins..Saya sangat hepi untuk bercerita pada minggu ni.. banyak benda yang nak disampaikan.. tapi satu-satu dulu.. so for the first saya dah berjaya kurangkan 3kilo dalam masa 1 minggu ni..  Alhmdulillah, spt yg dirancang turun 3 kilo.. jd saya summary sikit kat sini apa yang saya makan sepanjang tempoh seminggu ni..

Untuk menu makan bagi seminngu ni :- :-


Pagi : 
- Telur rebus 2 biji
- Keju Cheddar
- Isi Ayam
- Greean Tea
(Either mana2 yang saya sempat siapkan untuk breakfast.. selalunya telur rebus..)

Tengahari :
- Ikan bakar (Apa saja jenis ikan)
- Sayuran hijau
- Isi Ayam (Bakar @ Goreng.. Tepungnye buang)
(Yang lunch ni pun either mn2 yg sempat cari)

Petang/Malam (Sebelum Jam 9) :
- Keju Cheddar
- Tauhu rebus
- Jus Tomato / Greean Tea

So, Alhamdulillah dah turun 3 kilo.. diet Atkins ni memang ok utk saya.. saya sendiri rasa perbezaanya.. cuma bila dah tak larat tu makan suplemen seperti cth spirulina :) 
SELAMAT MENCUBA :) :)


**Untuk maklumat lanjut tentang DIET ATKINS ni sila ke laman web ini : http://bicikut.blogspot.com/2011/06/atkins-diet-cara-paling-berkesan-untuk.html
so, u guys kat lua sana should try this program.. sgt bagus dan berkesan.. saya baru seminggu ni dan taksabar nak tunggu minggu2 berikutnya.. :D :D



Thursday, April 19, 2012

KENAPA DIET ???
Apa saja lagi la tentang diet..?? sebelum nak mula diet atau tengah diet semua orang perlu ada motivasi dalam diri yang sangat tinggi supaya ia berjaya dilaksankan mengikut target... Sama macam belajar dulu, semua perlu ada motivasi diri untuk melakukannya dengan jaya.. Tapi knp nk diet?? tapi badan macam tu jugak.. Pada saya, diet bkn semata-mata nk tjuk pd org yg kte ni overact sgt berdiet.. tp lbih kpd inginkan satu kehidupan yang lebih sihat dan mudah untuk melakukan kerja harian...

Jadi, pada saya berdiet bukan utk semata-mata kelihatan cantik, tapi sihat, dan kekal cergas,ini adalah antara penyebab saya perlu berdiet :- :-
1) Untuk memudahkan bangun malam (Tahajud)
2) Menjalani kehidupan yang sihat
3) memiliki keyakinan yang tinggi (but not to over smpai bangga dri)-itu bkn prinsip hdup sy...
4) Mudah untuk bergerak
5) Kurangkan dosa org lain yg kutuk org gemok ni...
6) Hidup lebih bermakna
7) Saya x pernah kurus, jadi saya nak cuba untuk jadi kurus
8) Nak bgtau kat org lain, tanggapan mereka salah
9) Lebih menghargai diri dan org lain
10) Harapan mak yg nk tgk anak die kurus.. hehehe
11) Bila dah capai target, utk sebulan ni sy akan hadiahkan diri dengan set barang makeup.. hahaha

Kesimpulannya, ada byk sbb kenapa kita semua perlu berdiet dan menjalani kehidupan yang sihat.. terpulang pada diri macam mana kita menjaganya.. Jangan jd gambar mcm atas tu dah ye :)) -'utk sy juge'-

Wednesday, April 18, 2012

PENAMBAH TENAGA
Sesiapa yang sedang mengikuti program diet yang ketat mungkin akan mengalami kekurangan sedikit tenaga berbanding dengan mereka yang tidak menjalani diet.. ini kerana mereka terpaksa mengurangi atau membatasi apa sahaja makanan yang diambil.. termasuk saya.. cthnye spt semlm... hampir pitam saya dekat perhimpunan kalau tak cepat keluar dari situ... dan 1 hari badan saya sangat lemah dan masih pening2 lalat.. Alhamdulillah, lepas balik keje saya tambahkan tenaga dengan makan keju cheddar dan lakukan senaman ringan iaitu skipping 20minit.. baru fresh balik... then pagi ni google suplemen yg blh tambahkan tenaga ttp sugarfree.. so sy decide utk cuba spirulina dari HPA ni.. jom check it out apa khasiatnya..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Spirulina (Arthospira) adalah sejenis ganggang biru hijau dan sejak puluhan tahun yang lalu telah dijadikan makanan kesihatan melalui penelitian para ahli dunia. Makanan yang dikonsumi oleh manusia sekarang banyak menyebabkan terkumpulnya toksid dalam badan, sehingga menimbulkan pelbagai penyakit seperti kronik, imuniti turun, fungsi organ menjadi lemah dan lain-lain. Hal ini merupakan masalah besar di negara-negara maju kerana 60% penyebab kematian disebabkan oleh faktor kekurangan zat-zat makanan.
Manfaat Spirulina adalah:
1. Meningkatkan aktiviti anti-virus
2. Menurunkan kadar kolesterol
3. Menurunkan risiko serangan penyakit kronik
4. Meningkatkan daya tubuh badan
5. Mengurangkan keracunan pada organ tubuh
6. Meningkatkan jumlah mikroba lactobacillus yang terdapat di dalam usus
7. Mempercepatkan penyembuhan luka
8. Mengatasi masalah kekurangan zat/mineral
9. Mengurangi penderitaan akibat radiasi.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :Spirulina
Dos :1-2 kapsul pagi, dan 1-2 kapsul malam 




SINGLE VS COUPLE .. MANA BEZ??
Saya paling tak suka untuk bercerita tentang couple2 ni.. perkara yang paling saya akan elakkan setiap kali member2 start bercerita.. sungguh, saya akan cuba ubah topik lain @ saya akan keluar dari perbualan tu.. tapi tu sume dulu... masa sekolah.. belum matang... skg.. mungkin dh matang sikit.. saya semakin terbuka untuk bercerita...

Single... tak salah kalau orang tu single dan masih belum punya yang berkenan di hati.. mungkin dia seorang yang terlalu menjaga untuk memilih pasangan hidup..orang macam ni adalah orang yang komited dengan perhubungan bila dia dah jumpa calon nya nanti... sebab, dia akan hargai pasangan nya krn amat ssh utk bertemu..ini pendapat saya aje.. saya sendiri bukan pakar cintan-cintun ni..

Nikah itu sunnah 

untuk yang bercouple ni... sy tak nk la citer lbih2.. sbb sy sendr tak pernah bercinta.. sbb,pd saya perhubungan antara lelaki dan wanita hanya ada bila mereka itu dah berkahwin dan berjaya membina mahligai mereka.. itu cinta sejati... :)) bagi mereka yg sedang berpasangan ni.. sy doakan sumenye selamat berbahagia hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya cinta itu dibawa ke akhirat... pada yang belum berjumpa.. usaha lah,kerana jodoh semua dah ditentukan oleh Allah :))
Jadi, memilih itu perlu.. tapi jangan terlalu melilih... pesanan buat diri saya juge :) :)

Kesimpulannya, saya pun tak tau mana bez.. sbb saya sedang menjalani kehidupan single.. Alhmdulillah, masih bahagia kerana ada keluarga terutama mak abah yang selalu support diri ini.. kawan2... Tapi, mungkin tak sama bila kita dah jumpa seseorang yang istimewa iaitu azimat cinta kita nanti... :)) InsyaAllah... 

Tuesday, April 17, 2012

RASA NAK PITAM

Pagi tadi ada perhimpunan bulanan staff.. so, mcm biasa ktaorg staf2 ni akan berjalan dr ofis ktaorg ke Canselori.. Mula2 kena naik tangga yang tggi dlu sblum berjalam dlm 500 meter lg utk smpai perhimpunan..itu biasa.. tu je ms yg ada utk exercise.. hehehe.. yg tak biasanya first time sy pakai kasut tumit tggi yg kecik kat bhg depan..  mcm ni ha..
Takdela tinggi mn pun, tapi sell sy pakai selipar ok je.. takde pun rs nk pitam.. Tau tak ape yang saya rasa?? saya rasa susah nak bernafas dan kadar denyutan jantung sangat laju.. pandangan pun mula kabur.. saya tau sy mcm nk pitam, sbb sy penah mcm ni jgk sblum ni.. jd sy pndang sume benda yang hijau dan relaxkan kaki.. sbb dh terlalu sakit sgt kaki nye.. rs ok.. tp tibe2 denyutan jantung makin laju, dan saya rasa pusing sgt kepala.. jd sy ke belakang barisan dan kebelkang lg utk cr tpt dduk.. tp semakin pening dan sy amik keputusan utk kuatkan diri utk berjalan balik masuk ofis dan tkr selipar.. sy rs ok balik lps dh dduk ofis.. sy minum air msk secukupnya sbb badan rs sgt lemah dgn otot lengan yg rs sakit lg.. 

Jd sy br teringat yg semlm sy workout agak bersungguh dan bangun pagi tadi sy terlupa minum air suam sblum ke perhimpunan.. mmg sy dh mkn pg.. telur separuh masak 2 biji dgn green tea.. rsnye dah ok menu tu.. jd sy google td... ni kemungkinan kte akan rs pitam...


Hehe.. x blh nk copy paste dr laman web seorg doktor ni..Dr.Zubaida Hj Ahmad.. :
:- Tak selesa dengan keadaan yang sesak dekat perhimpunan 
:- Yang mengamalkan diet rendah gula
Nk tau lebih lanjut sila klik link ini :- http://drzubaidi.com/blog/?p=845

Jd, sy dh tau knp td sy mcm tu.. so, pasni klu ade perhimpunan mcm ni.. sy akan lebih berjaga-jaga dan bolehla ikut perhimpunan sampai habis :) :) :) :)



Monday, April 16, 2012


 MENAHAN LAPAR CARA BAGINDA RASULULLAH

Sedapnya bau makanan member sebelah saya ni.. macam bau nasi lemak ayam goreng.. huhu..Dugaan betul bagi saya yang betul2 tengah tahan diri spy makan makanan yang sihat ni.. sabar2.. sy perlu bgtau dri sy yg bkn x blh mkn langsung.. tp, buat ms ni control dlu ye:) :) :)
Then, ble sy google mcm mn nk tahan lapar, terjumpa satu artikel ttg mcm mn Rasulullah tahan lapar.. hampir menitis air mata saya baca.. bayangkan betapa mulianya baginda.. Ikuti kisah di bawah :- :- :-

**     Pada suatu ketika Baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan Baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.

       Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh Baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayyidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan Baginda itu terus bertanya setelah Baginda selesai bersembahyang,

        "Ya Rasullullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
        "Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…" Desak Umar penuh cemas.

        Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut Baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar Baginda.Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh Baginda.

     "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"Lalu Baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?, biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak"



MasyaAllah, lihat.. kita sendiri takde kesabaran macam tu.. lapar sikit kita dh mula tension n nk marah2 org.. sy x ckp org, sy sendr mcm tu.. Harapnya kita sume umat Islam dapat menjadi org yg lbih bersabar spt Rasulullah yang hebat ini :) :) InsyaAllah.. Amin..


Orang Gemuk Dah Takde Harapan Nak Kurus !!

Ada orang kata, orang yang gemuk ni memang dah takde harapan nak kurus.. Siap cakap dah tak boleh nak bentuk badan tu.. Korang rasa2 betul tak ape yg org mcm ni cakap.. Pada saya, jawapannya 'BETUL!!', KALAU... kita masih dengan cara pemakanan dan gaya hidup yang tak sihat.. Kita adalah diri kita apa yang kita makan dan apa yang kita lakukan..

    Kita sepatutnya kuat untuk melawan anasir2 yang tak sayang mulut macam tu dengan membuktikan kita boleh kurus dan langsing dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan senaman yang betul secara konsisten.. Dulu saya memang malu untuk cakap mengenai perkara ni sbb terlalu sensitif utk kaum wanita terutamanye.. tapi pd sy kte tak perlu malu.. siapa pun diri kita, gemuk ke kurus.. sayangi lah diri kita sendr.. sbb takde oprg lain yg blh syg dri sendr melainkan diri kte sendiri.. Oleh itu, berazam lah untuk bkn sahaja menjadi kurus malah kesihatan kita berada dalam keadaan yang paling maksimum.. itu sebaik-baik nya:) :) Pada saya, ada dua cara yang paling penting untuk impian ini jadi kenyataan, Antaranya :


1.  Pemakanan yang sihat dan seimbang
Ini ada lah antara makan yang sihat.. Asalkan kita tahu untuk mengawal setiap apa yang kita makan, InsyaAllah penurunan berat badan akan dapat dilakukan dengan teratur dan konsisten.. "YOU ARE WHAT U EAT"

2.  Senaman yang betul
Selain dari makan makanan yang sihat, kita perlu bersenam untuk meningkatkan kecergasan dan membakar lemak dengan lebih cepat.. Seterusnya yang paling penting adalah dapat mengekalkan kesihatan pada tahap yang paling baik.. Cari lah senaman yang sesuai dengan usia anda dan diet anda.. 


** Saya tak boleh nak terangkan secara lanjut macam mana yang dikatakan dengan pemakanan yang seimbang dan senaman yang betul sbb sy sendiri masih dalam proses belajar.. Jadi, jika saya berjaya lakukannya.. saya akan share untuk post2 yang akan datang k:)) Harapan dan doa sy bkn hanya utk diri sy, malah utk anda semua kat luar sana agar kita sama2 dapat melakukan diet secara konsisten dan seterusnya dapat mengekalkan kesihatan dengan baik.. InsyaAllah.. Amin.. Gud Luck Sume :D :D :D 

Sunday, April 15, 2012

Breakfast And Lunch

This one for breakfast = Oat + Kismis + Susu Soya

Pagi ni punya breakfast saya makan oat dan susu soya Less sugar.. Air kosong, sbb x sempat nak blend tomato utk tomato juice.. Kite bangun lbt td.. hehehe.. so ini breakfast plg mudah, cepat, dan berkhasiat.. dan yang paling penting, kenyang dalam tempoh utk dua jam bagi perut saya ni.. so pas tu kalau lapar balik, saya akan mium air kosong secukupnya.. x mudah utk prevent rasa lapar ni.. jd ikut cara masing2.. pd saya jgn dkt kan diri kite dgn tpt2 fast fud dan sebagainya.. cari la buah atau sayur klu btul2 lapar jgk... the most thing, jgn biar perut kosong, sbb kte perlukan tenaga utk bekerja dan lakukan aktivit harian.

This one pulak untuk lunch = Salad Buah buahan(Beli kat dalam Giant)

So, untuk makan malam ni mungkin saya akan buat salad sayur dan jus tomato :))

KEBAIKAN TEH HIJAU
      Mungkin ramai yang kenal dengan tea hijau, tetapi masih belum tahu antara kebaikan yang ada dalam minuman ajaib ini. Selain dari proses penurunan berat badan, saya juga minum utk detox kan badan saya.. Memang rasanya pahit.. tapi kata orang pahit itu adalah penawar.. :) :) :) Here I share to you guys benefits from this Green Tea. I take it from jomdiet.com.



Maybe you guys should read this article from that site.. More info you guys can get about diet to learn :O :O

GOOD LUCK !!


SATE KAJANG HJ SAMURI      
           

                      Assalamualaikum and Gud Morning... Hari ni saya start balik Detox sy lps dua hari makan makanan yang berkolestrol tinggi... hehe.. Hari Sabtu hari tu ktaorg g mkn kat Hj Samuri Sate Kajang.. Memang habis bez la sate nye.. cuma dah kecik sikit.. dulu besaq... :D :D :D

Dah tak sabar nak makan... :P :P :P

 My adik N abah

 Angah N mak




Habis licin dimakan.. hehe