Biasa mendengar perkataan “Sikap”?
Sikap atau attitude sebenarnya adalah penapis kepada semua yang berlaku terhadap diri kita, disekeliling kita atau antara kita. Dengan sikap yang positif, kita akan punya kebolehan untuk berasa lebih gembira dan ceria setiap hari, seterusnya menjadikan orang disekeliling kita turut gembira dan ceria bersama-sama kita.
7 perkaara yang boleh dilakukan untuk menjadi lebih positif :
Memang mood mudah berubah megikut persekitaran. Setiap yang negatif menyumbang kepada sikap yang buruk pada permulaan hari. Jika ini berlaku, letakkan kembali semua perkara yang dirasakan menyumbang kepada keadaan seperti ini, lebih kecil. Maksudnya, kecilkan masalah dan lebarkan peluang yang terbentuk dari
Sebagaimana kita berasa seronoknya menerima surat tawaran masalah.
2) Sentiasa melihat sesuatu mengatasi jangkauan
kerja atau belajar yang ditunggu-tunggu demikianlah sifat yang dibentuk untuk berdepan dengan masa hadapan. Rancanglah sesuatu yang bakal tiba seperti hari ulangtahun kelahiran. Dengan itu, kita berasa seronok untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Kemurungan, rasa gelisah dan benci pada permulaan hari adalah kerana ketiadaan matlamat atau gagal membina imaginasi cemerlang untuk diraikan bersama emosi kita.
3) Ringankan tulang
Kita akan mudah bimbang jika tidak melakukan apa-apa. Jadi sibukkan diri dengan melakukan kerja amal. Dengan menjadiakn diri anda sibuk, anda akan lupa tentang kebimbangan atau keriasauan itu.
4) Tarik nafas
Tarik nafas bermaksud tarik nafas kelegaan daripada nafas-nafas biasa yang kita lakukan. Tarik dan simpan seketika didaalm dada dan keluarkan dengan hembusan kuat. Sikap negatif atau bad mood banyak berpnca dari rasa kelam kabut. Jadi cubalah berehat seketika dan rasai kelegaannya.
5) Perkatakannya kepada sahabat
Beza antara sahabat dan kawan adalah kawan mudah ditemui manakala sahabat 1 dalam 1000. carilah sahabat dalam hidup anda. Sikap anda boleh ditentukan oleh siapa yang berada disebelah anda .
6) Jangka hayat kita pendek
Sentiasa ingat, tiada siapa boleh hidup selamanya. Tiba masa kita akan meninggalkan juga duni ini. Jadi sentiasa beringat bahawa kita hidup ni sementara sahaja. Lakukanlah setiap kerja dengan bersungguh- sungguh dan baik.
7)Bukannya semua baik dan adil
Kita kena ingat, tidak semua yang kita tempuhi dalam hidup ini sentiasa baik atau menjadi sebagaimana yang kita harapkan. Hakikat kebahagiaan dan kesaksamaan hanya ada pada Allah. Kita akan sentiasa berdepan dengan cabaran-cabaran hidup.
Dan untuk cemerlang atau gagal, kuasa memilih sentiasa terletak pada diri sendiri, kerana kuasa untuk bersikap positif sentiasa ada dalam kemampuan kita untuk menggapainya.
** Diolah dari buku motivasi Membina Jati Diri Gemilang, tulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.
1 comments:
Sikap memang sukar dibentuk berterusan menjadi baik, jika tiada istiqamah didalam diri..
Post a Comment