Tuesday, July 17, 2012

ATKINS DIET

Assalamualaikum, kawan2 yg drahmati sekalian... 


Saya nak terangkan dgn pemahaman sy tentang diet ni.. Pada yg br nak mula, tlg lah tau,nm diet ni ATKINS.. sbb ape atkins?? sbb org yg kaji ttg diet ni nm nye ATKINS.. die ni seorg doktor.. dari penyelidikan die, antara diet low calories n low carbs.. diet low carbs lg berkesan.. sbb tu pd yg br nk mula... tlg FAHAM.. ble low carbs n low calories tu mknanye makan la ape pun byk mn pon, tp make sure less carbs.. pd yg biasa buat die hanya akan bataskan 20carbs sje dlm sehari.. O ye lg 1, yang kita nk bakar ada lah lemak utk turunkan berat badan, jadi mkn benda bergoreng tu x salah k,sbb kte nk bkr lemak..bkn tenaga yg ada dlm carbs..sbb tu bataskan carbs, u olls kira sendri la ye.. sbb dlm setiap makanan ada kiraan die.. nnt sy beri guideline nye... bc smpai abis..


APA YANG BOLEH MAKAN :








1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
9.) Pizza? Makan topping sahaja.
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


CTH MENU & KIRAAN CARBS :






1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)







ELAKKAN @ TUTUP MATA BILA NAMPAK :






1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.















SYARAT-SYARAT NYE ADALAH :




1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm. Jadi habiskan suapan, bila 8:01 minit je buang balik...huhuhu :P :P
2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.
3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol.
4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.
5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.
7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu!
9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.






OK,FAHAM YE, BILA KATA LOW CARBS TU JGN PULAK BILA JUMPA ORANG MAKAN TELUR GORENG 3 BIJIK, HAMPA P CKP, 'AII LANGGAR PANTANG KE??', KORANG BEDAL JE ORG TU, HUHU.. TAKDELA.. LANTAK P LA KAT DIA!!

** REMIND YE, SAYA PUN BELAJAR DARI ORANG,MAKLUMAT LANJUT BOLEH GOOGLE PASAL DIE NI KEH :)






























Bersihkan Usus VS Turunkan berat badan @_@

Assalamualaikum semua... nak share dengan semua ye, dalam diet atkins ni..bg sape yg br mula jgn terkejot kalau korang tak 'membuang' @ org putih ckp 'popoooo'.. that is normal.. jd, bg membersih dan melancarkan sistem penghadaman dalam usus, saya suggest kan mkn PSYLLIUM HUSK.. 

TOLONG FAHAM YE, INI SUPLEMEN,BKN UBAT KURUS... DIET NI X LAYAN SEBARANG UBAT-UBATAN KURUS..

PSYLLIUM HUSK?? Ape tu? sng ckp die mcm serat la ye, Ape tu serat, blh klik sini <<http://salzanazri89.blogspot.com/2012/05/serat-fiber-serat-adalah-bahagian.html >>saya seorg yg x suka sayur.. tp certain2 sayur ni i can adapt.. so, mmg dlm diet ni pun buah @ sayur diambil dlm kuantiti yg x byk.. jd pembuangan dpt dialakukan dgn meminum psyllium husk ni.. ikot la ye,mcm sy amik yg jenis bancuh.. br beli semlm dkt farmasi TESCO NILAI, harga RM28,ada dua paket.. 

INILAH RUPANYA KALAU BELI YANG JENIS BANCUH..


++ KEBAIKAN PSYLLIUM HUSK ++





1. Sejenis serat yang dhasilkan dari biji Plantgo Ovata yang boleh dijumpai di Eropah dan Afrika Utara










2. Bertindak sebagai berus usus. Ianya berfungsi bagi membersih dan menanggalkan kekotoran di sepanjang perut, usus kecil dan usus besar.





3. Bertindak sebagai prebiotik dalam saluran usus dan seterusnya membantu menyihatkan usus besar (kolon). Kolon yang sihat adalah kunci pertahanan bagi melawan patogen yang masuk ke dalam tubuh.


4. Membantu menurunkan berat badan.


5. Membantu menurunkan kolesterol LDL (kolestrol tidak baik).


6. Membantu mencegah batu hempedu yang berpunca daripada proses penghadaman yang tidak lancar.


7. Membantu mencegah sembelit.


ini rupanya bila letak dalam bekas, kecik2 je.. so, kalau nk bancuh, PLEASE!!! jangan ltk byk,sbb die mengembang 20peratus dr yg asal.. ltk sesudu kecil je ye..then,br tmbah air suam.. rasa?? ya rabbi,tahan je la ye.. sbb xde la terok sgt... so so la.. hehehe..


Jadi, knp sy ckp dua2 ni VS?? sbb pd yg lbt nk turun @ x trun lgsg tu sbb x buang @ usus tu x diberus dgn psyllium ni..kpd sume >> SELAMAT MENCUBA!! & TGK TURUN X BERAT BADAN TU??

TOLONG LAH ^_^


Tolong lah saya, berat saya lambat sangat turun, nak tau nape??? hanya saya saja yang tau, sbb nafsu makan dah naek.. sbb ape naek, sbb saya ingat mggu depan dah start pose,jd kasi la perut ni hepi2 ckit... tp pd sy, selama bertahun-tahun sy kumpul lemak dlm badan ni, dah x tertanggung rasanye,berat sgt.. mcm2 dh mkn.. apa slhnye skg ni sy disiplinkan dri dgn berdiet..lgpun x ssh,lg ssh klu sy bedal ikot sempat je, badan berat x larat nak jln @ bgun.. akak jgk yg ssh kan!!! so, fani x mo mls2.. diet! diet! diet! bkn utk cantik shj, dh sy bgtau sng utk kte bgun pg, badan lbih ringan,snang nk bergerak, apatah lg, nk lakukan solat yg wajib tp yg sunat utk bgun mlm, dan lg.. sy sell xde nafas yg cukup ble bc al-quran,termengah-mengah..tp Alhmdulillah dh blh bc dgn lancar.. :)) semoga kte sume berjaya dan diberkati bkn shj dkt dunia ni, especially dkt akhirat nnt ye :D :D :D :D :D :D :D :D

** NAFSU MAKAN **


Assalamualaikum semua!! Alhamdulillah saya lalui hidup dengan baik setakat ni.. kadang-kadang sedikit tertekan jadi terlebih makan.. terus-terang saya cakap saya seorang pencinta makanan.. jadi bila nafsu makan datang,memang x cover... hehehe.. semua benda saya main telan.. so, berat naek.. bentuk badan mengembang balik.. jadi pada yang diluar sana, sape yg dah berjaya jgn putus asa, teruskan dan jangan berhenti untuk menjadi seorang yang kurus,cantik dan langsing... ops!! bkn sekadar cantik diluar je, tapi didlm juge ye :))


hepi2 jgk, jgn sampai jd camni ye (Ofkos sy ckp utk dri sye jge) :D :D 




GOOD LUCK SUME, DAN DOAKAN SAYA JUGE YE SUPAYA X KANTOI BILA NAK MAKAN TU.. HUHU :P :P


APA YANG BOLEH MAKAN DAN X !!